Saturday, April 14, 2007

Cerita Gila Talak

PAS sudah mengumumkan memboikot pilihan raya kecil. Mereka tidak bertanding di DUN Batu Talam (Pahang) dan DUN Machap (Melaka). Namun di Ijok lain pula ceritanya.

Bukan main lagi laman web Pas (harakahdaily.net) menyerang UMNO terutamanya Datuk Seri Naijb dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Dalam sebuah ulasan terbaru, organ propaganda Pas itu mengambil contoh sebuah keluarga miskin sebagai bukti kegagalan kepimpinan Khir Toyo dan kegagalan BN Selangor.

Yang gagal diceritakan oleh Harakahdaily ialah bahawa selama lebih 50 tahun BN memerintah apakah rakyat makin miskin atau makin senang? Kita tidak mahu menafikan kenyataan bahawa masih terdapat rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan di DUN Ijok, Parlimen Kuala Selangor, negeri Selangor mahu pun seluruh negara.

Hakikat yang perlu ditanya ialah apakah jumlah orang miskin ini bertambah atau makin berkurangan di bawah kepimpinan BN? Apakah Ijok semakin mundur atau semakin membangun? Jika soalan ini ditanya dan dijawab secara jujur nescaya kita akan mengakui bahawa Ijok dan Selangor sendiri sudah jauh membangun. Malah jika dibandingkan Selangor pada 1987 dengan Selangor 2007 sudah ibarat bumi dengan langit jurang kemajuannya.

Jika kita perhatikan sikap dan peri laku propaganda Pas, kita akan dapati parti ini akan mempunyai cerita sama pada setiap kali pilihan raya. Skrip yang sama mengenai ada orang miskin tetapi watak yang berlainan.

p/s: Kata boikot pilihan raya kecil tapi terus berkempen dan boleh pula melahirkan keyakinan Barisan Alternatif akan menang. Adakah masih wujud BA ini? Pas boikot, DAP lawan., Pas Boikot Keadilan bertanding. Jadi BA apa?

Kata kawan Wak Dol, sikap Pas terhadap kes boikot pilihan raya ini seumpama orang gila talak.

Orang kalau boikot duduk diam sajalah.

4 comments:

wakdol said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pas dengan Anwar eloklah. Dari dulu cakap berbelit. Janggut Pas ngan Janggut kambing, baik lagi janggut kambing.

Anonymous said...

Saudara...kalau nak hina PAS ka sapa ka...hina la, itu hak saudara. Tapi jangan la hina janggut. W/pun pun orang PAS berjanggut orang UMNO berjanggut, itu ikut sunnah nabi.

Anonymous said...

dia buat perbandingan saja. Lagi pun janggut bukan sunnah pun. Tu cara hidup dan budaya orang arab yang dilangsung terus oleh rasulullah.