Tuesday, April 17, 2007

Hasan Ali Mahu hapuskan Kroni?


Pertama sekali baik dijelaskan bahawa dalam politik demokrasi adalah lumrah untuk parti politik menerima sumbangan, dana atau apa sahaja bentuk bantuan dari korporat untuk kempen pilihan raya mahu pun aktiviti semasa. Selagi ia tidak membabitkan kerja-kerja mempengaruhi keputusan kerajaan maka ia tidak dianggap salah.

Sama ada di Amerika Syarikat, mahu pun di Malaysia, sama ada UMNO mahu pun Pas, menerima sumbangan dan bantuan ahli korporat, syarikat korporat dan individu yang bersimpati dalam perjuangan atau ideologi parti tertentu adalah lumrah dan diterima sebagai sebahagian daripada demokrasi.

Sebab itu Wak Dol merasa sungguh lucu bila Hasan Ali yang kalah teruk dalam pilihan raya lalu tiba-tiba meminta Badan pencegah rasuah menyiasat dakwaan Harakahdaily bahawa syarikat Puncak Niaga menyumbangkan rumah penginapan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor untuk tinggal sempena kempen pilihan raya Ijok kali ini.

Wak Dol tidak tahu sama ada memang benar Puncak Niaga sediakan penginapan atau tidak. Sama ada disediakan atau tidak, tidak penting kerana ia tidak salah. Sumbangan dana korporat unuk kempen pilihan raya tidak salah.

Cuma Wak Dol nasihatkan Hasan Ali ingat kembali pendedahan sebuah akhbar beberapa tahun lalu macam mana penyalahgunaan dana Harakah milik Pas untuk kepentingan individu Hasan Ali.

Wak Dol masih ingat laporan ini:
--------------------------------------------------------------
Harakah Peruntuk RM 1.7 juta Selamatkan Sabha Group

Syarikat SABHA GROUP milik Dr. Hasan Ali telah diselamatkan oleh Harakah dengan membayar hutang syarikat tersebut kepada Bank berjumlah lebih RM 1.7 juta. Tindakan mengambil alih labialiti Sabha Group terhadap sebuah bangunan perniagaan di Salak Baru Sepang dilihat oleh sebahagian penyokong Pas sebagai satu tindakan penyalahgunaan kuasa dan kronisme peringkat tertinggi.

Seorang ahli perniagaan yang juga penyokong Pas bertanya kepada penulis, apakah jika beliau juga mengalami masalah seperti Hasan Ali maka Harakah akan menolong? Sedangkan Hasan Ali jarang menderma kepada parti, sebaliknya lebih banyak mengutip duit parti dalam aktiviti politiknya.

Beliau bertanya lagi, Apakah harakah akan sanggup menjamin hutang sebegitu tinggi dengan cagaran sebuah rumah kedai di bandar yang belum tentu bila akan berkembang ekonominya.

---------------------------------------------------------------------------------------


Harakah Bail-Out Hassan Ali!
Jutaan Ringgit Wang Parti Disalahgunakan, Penyokong Kerdil Diminta Derma
Wartawan Memo 25 yang menjalankan siasatan ke atas perniagaan Hassan ali menjumpai beberapa perkara yang amat mengejutkan dan penuh skandal kewangan serta peribadi.

Satu daripada skandal yang bakal mengejutkan ramai penyokong PAS ialah tindakan Harakah (Lidah Rasmi PAS) melakukan bail-out ke atas Hassan Ali dengan mengambilalih tangungan beberapa hutang syarikat Hassan Ali, SABHA AMBANG HRD Sdb. Bhd. yang jumlah mencecah jutaan ringgit.

Salah satu daripada hutang SABHA yang diselamatkan oleh Harakah ialah bangunan 2 unit 3 Tingkat di Cosmoplex Bandar Baru Salak tinggi Sepang.

Menurut maklumat yang diterima, labiliti atau hutang SABHA kepada Bank yang ditanggung oleh Harakah ialah berjumlah RM 1, 723, 493.73.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Dato’ Dr. Hassan Ali sebagai pemilik SABHA dengan Pengerusi Harakah, Dato’ Hishammudin Haji Yahya.

Dalam sisatan lanjutan wartawan MEMO 25 mendapati terdapat kemungkinan beberapa lagi hutang SABHA dengan beberapa buah bank turut diambil alih oleh Harakah yang boleh menjangkau sepuluh juta tinggit.

Beberapa sumber dalaman PAS merasa kecewa dengan tindakan Pengerusi Harakah yang mengambil keputusan menyelamatkan syarikat Hassan Ali, sedangkan dalam masa yang sama rakyat bawahan diminta menderma untuk perjuangan parti.

“Bagaimana kita boleh meminta derma daripada rakyat bawahan yang bersusah payah bekerja tetapi wang parti yang berjuta ringgit digunakan untuk menyelamatkan Hassan Ali yang telah mempunyai hampir RM 20, 000 pendapatan bulananya (gaji dan elaun sebagai wakil rakyat serta bayaran berceramah dalam kempen PAS)”, tegas seorang pemimpin bawahan kumpulan pesaing Hassan Ali.

Pegawai kanan parti yang enggan disiarkan identiti pula mendakwa sekiranya banyak lagi bail-out berlaku ke atas syarikat Hassan Ali tersebut ia berkemungkinan akan menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong bawahan dan boleh mengurangkan derma kepada parti tersebut.
Sungguhpun beliau tidak menjelaskan dari mana Harakah mendapat begitu banyak dana untuk menyelamatkan SABHA Groups milik Hassan Ali tetapi dana ini dipercayai hasil beberapa kawasan balak yang dianugerahkan oleh kerajaan Terengganu dan Kelantan kepada Dato’ Hishammudin.
Note: Dipetik dari MEMO 25

No comments: