Wednesday, April 25, 2007

Khalid Sendiri Sokong BN

"Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya...dan saya berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan Undangan Negeri Ijok. Terima kasih," katanya sebelum mengakhiri ceramah itu di Ladang Tuan Mee di Ijok yang merupakan kawasan majoriti penduduk India. "

Kata-kata Abdul Khalid itu menimbulkan keriuhan dalam kalangan 150 orang yang hadir kerana beliau "mempromosikan" lawannya pada pilihanraya itu.

Beberapa penyokong PKR yang menyedari perkara itu lantas melaung "Tan Sri tercakap salah, Tan Sri tercakap salah" kepada hadirin bagi membetulkan kenyataan. Ini membuatkan hadirin terus ketawa manakala penyokong BN, yang turut mengikuti ceramah itu, bertepuk tangan.

2 comments:

Anonymous said...

Takpa..dia salah cakap..salah kecil aja..dia takda pun niat camtu..apa kata bagi kebebasan sikit pada pembangkang bercerita ttg manifesto masing masing. Ni tidak ...100% kerajaan pegang. Tak adil lah camni bro..Indonesia yang miskin tu pun ada demokrasi dalam berpolitik..RTM bukan kerajaan punya. Saya bagi contoh..Kalau ustaz pembangkang bagi ceramah..cerita bab darurat,pepahamlah darurat macammana, "orang Islam boleh makan babi jika keadaan memaksa" Tapi kalau rtm dapat rakam..habis dia potong ucapan..tingggal "orang islam boleh makan babi" atau "babi" aja yang tinggal..sama rata sikitlah..bagi peluang pembangkang menyatakan hak dan manifesto.Ingat BN boleh pegang lama ke malaysia ni? Kerajaan beratus tahun boleh tumbang..inikan BN..kalau anda telus ,siarkan komen saya ini..Insya Allah.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sepanjang saya melawat Ijok,saya dapat melihat beberapa kawasan yang dahulunya tidak pernah di ambil kira oleh pemerintah untuk di bangunkan,tetapi kini kawasan kawasan tersebut mula menerima rahmat pilihan raya kecil Dun Ijok.

Sebanyak RM 36 juta yang di umumkan untuk mebangunkan Ijok Oleh Barisan Nasional sememangnya rahmat yang di tunggu penduduk Ijok bagaimanapun semuanya ini akan berlaku jika berlakunya pilihanraya kecil.

Pohon kemaafan kepada semua pembaca portal Khas Ijok ini, saya bimbang jika inilah kaedah serta cara yang boleh membantu rakyat untuk mendapatkan pembangunan,tidak mustahil satu hari nanti rakyat akan terus menunggu dan mendoakan mengikut kepercayaan agama masing-masing supaya Adun atau Ahli Parlimen mereka meninggal dunia demi untuk mendapatkan pembangunan.

Lebih parah lagi jika perkara sebegini menjadi 'trend' kepada Barisan Nasional,mungkin suatu hari nanti ada pihak yang sanggup membunuh Adun atau Ahli Parlimen semata mata hauskan pembangunan.

Saya bagaimanapun tidak mahu keadaan yang di bayangkan ini menjadi kenyataan satu hari nanti kerana jika demikian,sudah pasti akan wujud satu hari nanti keadaan di mana pemimpin politik tidak mahu lagi bertanding pilihan raya kerana takutkan berlakunya unsur-unsur khianat.

Bersetujukah anda? Perlukah satu kematian untuk satu pembangunan?..Fikir-fikirkanlah