Friday, January 18, 2013

Irmohizam Tarik Diri, Janji Akan Kenakan MYKMU.NET

The Three Stooges kepanasan apabila dipersoal oleh ramai pegawai Perdana Menteri yang lain kerana membuat keputusan mencampuri urusan Majlis Belia Malaysia tanpa pengetahuan Perdana Menteri.

Malahan berikutan pendedahan blog ini, beberapa laporan Special Branch mengenai tingkah laku Jais Karim dan Irmohizam J.P. menjual nama Perdana Menteri kepada perwakilan MBM telah masuk ke Seri Perdana dan Jabatan Perdana Menteri sendiri.

Dalam perbincangan di Le Meredian, Kuala Lumpur semalam, 3 pelawak ini memutuskan supaya Irmohizam menarik diri daripada bertanding jawatah Timbalan Presiden MBM sebelum Perdana Menteri sendiri memanggil mereka mengenai isu ini.

Bagaimanapun segala kekuatan kewangan termasuk atas bantuan Raja Arif Biro Tata Negara akan digunakan memenangkan Jais Karim yang akan menentang Maliki.

Sebagai orang lama Majlis Belia Malaysia, blog ini ingin menasihatkan para perwakilan MBM agar mengambil apa sahaja tawaran daripada Jais dan Irmohizam, namun jangan sesekali memberi undi kepada parasit ini.

Ada mangkuk hayun dok edar blog ini di Summit Hotel Subang Jaya kononnya kerja orang Maliki nak burukkan Jais dan Irmohizam. Oiii Jais ngan Irmo ini tidak perlu diburukkan. Hanya perlu cerita fakta mengenai diri mereka maka nampaklah keburukkannya.

Tapi terima kasihlah kerana kebodohan mereka, sekarang makin ramai orang masuk blog ini dan makin banyak orang baca, makin meluaslah keburukan mereka terdedah.

MYKMU.NET Rancang Kejatuhan Irmohizam?

Yang melucukan, dalam percakapan Irmohizam dengan beberapa orang termasuk aku, beliau mengancam akan mengenakan Mykmu.net sepenuhnya. Irmohizam J.P. menuduh Mykmu.net disebalik gerakan blog-blog membelasah beliau dan rakan-rakan pelawoknya.

Mungkin kerana artikel ini:

Pemilihan Majlis Belia Malaysia 2012: Jangan Seret Pejabat Perdana Menteri


dipetik oleh hampir 100 blog, maka Three Stooges pun menggelabah biawak. Apa pun aku nak ucap terima kasih kepada Parpukari yang mempopularkan blog ini.

Terima kasih juga kepada MYKMU yang sanggup ulas panjang lebar pemilihan MBM kali ini. Mungkin selepas ini tamatlah riwayat Mykmu. Maklumlah sebelum ini banyak program Mykmu dihadiri oleh Perdana Menteri. Minta maaflah MYKMU kerana aku hangpa pun jadi celaru. Tapi apa nak buat, parasit-parasit ini jangan dibiarkan berleluasa,

Terima kasih juga kepada Sahabat Gunung bekas pemimpin GPMS yang berani bersuara.

Paling penting kepada semua lebih 100 bloggers yang sanggup bersama menyatakan pandangan belia dan orang ramai mengenai tingkah laku three stooges ini.

Kepada tiga ekoq ini, cukuplah wahai Boboyot, hang pa tak malukah jual nama PM, la ni nak sabotaj orang lain pula.

Kalau betoi PM suruh hang ambil alih kepimpinan MBM, apasal sekarang tarik diri? Hari tu bukan main belasah semua pegawai PM lain untuk bawa perkara ini kepada PM. Apasal tak bawak? Bawaklah jumpa PM. Adukanlah kononnya Datuk Akmar Hisham, Datuk Wan Shihab dan Datuk Rizal Mansor buat gerakan blog untuk sabotaj hangpa tiga ekoq!

Aku dah 15 tahun dalam MBM pun tak pernah permainan jahat hangpa ni. Sejak ada hangpa kat pejabat PM dah dua kali huru-hara MBM. Elok hangpa berambus sahaja dari MBM. Buatlah kerja politik hangpa.

Aku pun nak balik kedah dah Isnin ini. Harap Maliki menang. Bukan kerana aku suka Maliki sangat, tapi aku taulah perangai haram jadah Jais, three stooges dan Raja Arif BTN.

Nota: Tunggu lepas penamaan calon, aku akan dedahkan lebih banyak lagi perihal Three Stooges, Raja Arif dan seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Ohh ya Datuk Faizal Kapar, tolong jangan talipon aku. Sorryla sejak hang bagi MBS pada Irmohizam J.P. aku dah taka respect lagi. Sia-sia hang dilantik jadi bendahari MBM dulu, buat malu geng lama kita saja. Hang bela la Irmohizam tu kononnya untuk baik dengan PM. Tengokla berapa lama boleh bertahan dengan parasit macam tiga stooges tu.


2 comments:

Anonymous said...

Oii Tajuddin, jangan baling batu, sembunyi tangan la. Orang lama MBM masih tak boleh buang kuasaker? Cikgu Sobri ahmad sokong mana?

Tajudin bekas setiausaha MBM boleh balik Baling. Jangan menyemak kat Summit Hotel

Anonymous said...

Zaman org lama dah berakhir,tak perlu la buat cerita memburukkan orang lain.Cermin diri sendiri dulu..