Wednesday, January 16, 2013

Jais Bertanding Tanpa Restu GPMS?

Seluruh saf kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terkejut apabila Presiden mereka dengan tiba-tiba berkempen ke seluruh negara mahu mencabar Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), sedia ada, Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. 

 Mereka terkejut kerana GPMS sebelum ini telah membuat ketetapan hanya untuk mencalonkan salah seorang wakil pertubuhan tersebut sebagai Naib Presiden MBM bagi pemilihan kali ini? 

 Seorang aktivis GPMS bukan sahaja mempersoalkan tindakan Jais membelakangi keputusan Majlis GPMS malah mempersoalkan sumbangan Jais kepada GPMS selama beliau menjadi Presiden GPMS? 

 GPMS seperti hidup segan mati tidak mahu di bawah Jais Karim berbanding presiden-presiden sebelum ini. Namun ahli GPMS tidak seharusnya terlalu marahkan Jais kerana beliau telah ditipu oleh Three Stooges dari pejabat Perdana Menteri. 

Three Stooges ini menipu Jais seperti mana mereka menipu YB Noorol Azali Sulaiman pada pemilihan lalu. Noorol dan, sekarang, Jais ditipu kononnya mereka diminta bertanding oleh Perdana Menteri. 

Hakikatnya Perdana Menteri tidak pernah mengambil bahagian dalam pemilihan MBM kerana beliau percaya kepada kebebasan pertubuhan belia.

Oleh kerana dalam pemilihan lalu, pelawak-pelawak ini gagal mempengaruhi perwakilan mereka mencuba lagi kali ini. Kali ini mereka diketuai oleh "penipu terkemuka" bergelar Datuk Irmohizam Ibrahim J.P. 

Selaku Naib Presiden MBM yang juga merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri yang bercakap maka tentulah ramai perwakilan akan percaya bahawa kumpulan ini direstui oleh Perdana Menteri.

Irmohizam merayu-rayu untuk menjadi pegawai khas Perdana Menteri kononnya sebagai wakil belia di dalam pejabat PM beliau boleh menjadi jambatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat Perdana Menteri. Malangnya, pabila diberi jawatan beliau bukannya bekerja untuk Perdana Menteri tetapi beliau bekerja untuk diri sendiri.

Tidak cukup itu bagi memastikan diri beliau mempunyai landasan kukuh untuk bertanding kali ini, Irmohizam telah meminta Datuk Faizal Abdullah menyerahkan Majlis Belia Selangor kepadanya. Alasannya, sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri beliau boleh menggerakkan MBS dengan lebih baik dan berkesan.

Faizal Abdullah yang cakap pandai dan "boleh meruntuhkan gunung" pun terpaksa menentang arus daripada pemimpin belia Selangor sedia ada seperti Badrulhisham dan Budiman Mohd Zuhdi. Faizal mengepikan calon-calon pemimpin belia yang telah terbukti bekerja keras memaukan belia Selangor dan memberi laluan kepada Irmohizam kerana takut beliau akan mendapat nama buruk di pejabat Perdana Menteri.

Semua orang tahu perangai tiga ekor Three Stooges ini yang selalu memberi maklumat yang salah kepada Perdana Menteri jika mereka mahu menjatuhkan orang politik yang tidak mendengar pandangan mereka.

pssssssssssssssssssss: Tunggu pendedahan yang lebih panas menjelang perhimpunan MBM hujung minggu ini. Duit, duit, di mana engkau duit!


2 comments:

Anonymous said...

Nak tengok three stooges pergi la coffee bouse le meridien

Anonymous said...

Ada cerita di sebalik Le Meridien tu bro. Cuma tunggu masa dan ramai yg telah sedia maklum.