Saturday, January 19, 2013

Jais Karim, Mana Maruah Mu? - Siri 1

Sah proksi Three Stooges, Jais Abdul Karim bertanding menentang Maliki Rapiie merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia. Jais membuat keputusan menentang Maliki kerana dijanjikan sebagai calon pilihan raya umum akan datang oleh tiga ekor pelowok di Pejabat Perdana Menteri.

Tidak malukah Jais bertanding sedangkan Majlis EXCO GPMS sendiri tidak merestui beliau menentang Maliki. Dalam satu mesyuarat sebelum penamaan calon, majoriti EXCO GPMS menentang hasrat beliau untuk bertanding Presiden MBM. Lebih separuh menentang hasrat Jais kerana mereka tahu Jais belum layak memimpin MBM.

Mereka juga kecewa kerana tindakan Jais untuk bertanding jawatan Presiden MBM telah menyebabkan keputusan asal mencalonkan salah seorang pemimpin GPMS sebagai Naib Presiden MBM akan terjejas.

Tapi Jais tidak peduli kerana kononnya pejabat PM mahukan beliau terus bertanding. Tapi jika benar pejabat PM mahukan beliau terus bertanding, mengapa Irmohizam menarik diri? Isyaratnya jelas bahawa dakwaan PM mahu pasukan ini mengambil alih kepimpinan MBM adalah satu pembohongan.

Lihat apa kata bekas pemimpin GPMS : http://www.sahabat-gunung.com/2013/01/jangan-khianati-perjuangan-gpms.html.



No comments: