Tuesday, January 15, 2013

Perlukah Pejabat PM Masuk Campur Hal MBM?

Apabila orang UMNO dan Rakyat Malaysia memutuskan enough is enough kepada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, salah satu isu besar ketika itu ialah sikap tamak kuasa, bangga diri dan menggunakan segala pengaruh pejabat PM oleh para pegawai Abdullah.

Para pegawai Abdullah seperti Zaki Zahid, Khairy Jamaluddin, Mustapha Omar Ong berleluasa dalam parti politik, badan bukan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Selepas 3 tahun pentadbiran Najib Tun Razak sedang mengulangi kesilapan yang sama.

Tanda-tanda tersebut sudah jelas apabila ketiga-tiga Setiausaha Politik Perdana Menteri sibuk menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ini termasuklah seorang Setiausaha Politik yang mahu mengambil alih kawasan MCA di Wilayah Persekutuan.

Namun yang lebih serius ketika ini ialah tindak tanduk tiga orang pegawai muda pejabat Perdana Menteri seperti Datuk Irhomhizam Ibrahim, Dato Mazri Muhammad dan Dato Prof Khairil Anas mahu menguasai pentas-pentas NGO termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM).



Mereka ini digelar "Three Stooges" Pejabat Perdana Menteri kerana tindak-tanduk membodohkan diri yang sering mereka lakukan. Misalnya, Apakah pencapaian Khairil Anas anak muda yang menjadi kesayangan PM ini sehinggakan melayakkan beliau menggunakan gelaran Profesor? Universiti mana yang memberi beliau jawatan Profesor dan atas kelayakan apa? Berapa banyak buku beliau diterbitkan, berapa banyak kertas seminar beliau diterbitkan?

3 Pelawak ini bergerak melalui Global Moderates of Movement Foundation (lihat sini).

Tahun ini melalui dana ini mereka berazam mahu merampas Majlis Belia Malaysia (MBM) dariapada pemimpin belia sebenar. Kumpulan ini mempergunakan Jais Abdul Karim untuk menentang Presiden MBM sedia ada.

Manakala Irmohizam akan bertanding sebagai Timbalan Presiden MBM. Dengan melakukan "tag-team" dengan Jais, Irmohizam berharap beliau akan mencapai kompromi saat akhir. Beliau akan menawarkan kepada Presiden MBM sekarang ini, Maliki agar meminta calon Timbalan Presiden lain menarik diri supaya beliau boleh menang tanpa bertanding. Sebagai balasan Irmohizam akan meminta Jais menarik diri dari pertandingan Presiden MBM dan membolehkan Maliki menang tanpa bertanding.

Tujuan Irmohizam bukanlah memenangkan Jais. Beliau hanya menggunakan Jais sebagai bidak untuk beliau membuat "bargain" dengan Maliki dan saf Majlis Belia Malaysia yang lain.

Yang menimbulkan kemarahan ramai pemimpin belia ialah tindak-tanduk Irmohizam, Khairil Anas dan Mazri Muhammad menggunakan nama pejabat Perdana Menteri untuk mempengaruhi perwakilan MBM.

Pada pemilihan lalu kumpulan ini telah cuba menghuru-harakan MBM melalui calon payung terjun saat terakhir. Namun ADUN ini yang merasakan diri beliau dipergunakan oleh 3 pelawak ini telah menarik diri di saat-saat akhir.

Apakah the Three Stooges pejabat PM ini akan menghuru-harakan persatuan belia seperti MBM? Kita tunggu sabtu ini. Sementara itu, sekiranya kumpulan ini masih lagi berkempen menggunakan nama pejabat PM, blog ini akan mendedahkan lebih banyak isu membabitkan 3 manusia tidak berguna ihi.

3 comments:

Anonymous said...

bukan jais sarday tapi jais abdul karim..

Sahabat Gunung said...

TIPU-TIPU ...... Bila masa plak Jais sarday nak bertanding Presiden MBM, dah lah habis umur ...

Steadylah bro kalau nak bagi statement ke apa .... studylah sikit.

Kalau Jais Abd Karim tu logiklah juga sebab Jais Abd Karim tu Presiden GPMS ....

Manakala Jais Sarday yang dimaksudkan dalam artikel nie merupakan orang yang dah berumur dan tidak lagi bertanding sebagai Presiden di mana-mana pertubuhan belia...

Sekian, terima kasih.

Sahabat Gunung said...

http://www.sahabat-gunung.com/2013/01/jais-karim-ke-atau-jais-sarday-yang.html