Monday, January 7, 2019

BERATUS RIBU RINGGIT WANG BERSATU PERLIS LESAP - WAN SAIFUL



















Baru-baru ini, saya membuat laporan polis mengenai pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Saya digesa untuk menarik balik laporan tersebut. Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis. Saya ditawarkan wang yang besar sekiranya membantu pengaturan kontrak tersebut. Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu.

Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis. 

Hal ini menambah iltizam saya untuk membantu Bersatu di Perlis menjadi lebih baik. Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru.

*Wan Saiful Wan Jan*
*7 Januari 2019*

PELAJAR MISKIN DIJADIKAN KALDAI POLITIK PAKATAN HARAPAN

Membantu pelajar miskin dengan kelengkapan persekolahan merupakan satu amalan yang sangat mulia dan wajar diteruskan walaupun ia merupakan idea semasa pentadbiran Barisan Nasioanl. 



Namun tindakan wakil rakyat Pakatan Harapan memberi beg sekolah yang mempunyai muka wakil rakyat sebesar-besarnya tidak ubah seperti menjadikan pelajar miskin papan iklan bergerak. 

Lebih memalukan wakil rakyat ini seorang muslim. Apakah beliau tidak tahu dalam ajaran Islam kita diminta jangan bermegah-megah dengan derma dan sedekah yang dibuat?
Yang Berhormat Mohd Shaid Rosli ini Adun Kawasan Jeram dari PH. 

Apakah beliau tidak rasa segan memaksa pelajar miskin menjadi kaldai politik? Hari-hari pelajar ini terpaksa mengusung muka beliau kerana mereka tidak mampu beli beg sendiri.

Apakah perasaan pelajar-pelajar ini yang membawa beg beliau ke sekolah setiap hari? Jika hendak menderma berilah dengan ikhlas. Apatah lagi jika wang pembelian beg ini adalah peruntukan kerajaan maka tidak wajar dicetak muka beliau sebesar-besarnya.

Ingatlah YB bukan Doraemon atau Mickey Mouse. Jauh sekali upin dan ipin. Jadi tunjukklah contoh dan teladan yang baik kepada orang ramai.