Friday, November 23, 2018

TIKUS BAIKI LABU: HARGA BARANG TERUS NAIK

Pakatan Harapan naik dengan janji mereka akan menurunkan harga barang, harga petrol, harga rumah. Apabila menang mereka akan menghapuskan GST yang kononnya menjadi punca kenaikan harga barang dan inflasi.

Namun Lima bulan selepas GST dihapuskan, kerajaan bukan sahaja gagal menurunkan harga barang malah menyebabkan kadar inflasi terus naik.


Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar inflasi pada bulan Oktober telah naik sebanyak 0.6% berbanding Oktober 2017 berikutan kenaikan harga makanan dan rumah.

Ketua Jabatan Statistik Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, "Indeks harga pengguna (CPI) Oktober 2018 mencatatkan 120.7 berbanding Oktober 2017 hanya 120.0"

Malahan CPI Oktober juga meningkat 0.2% berbanding September lalu.

Peningkatan ini disebabkan kenaikan harga dalam beberapa "basket/kelompok. 

Kelompok  rumah, air, elektrik gas dan lain bahan bakar mencatatkan peningkatan (+2.1%); makanan dan minuman bukan alkohol(+1.2%); restoran dan hotel(+1.2%); pendidikan (+1.1%) dan pengangkutan (+0.8%).”
Keseluruhan dari January-Oktober 2018, CPI telah meningkat 1.1% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

(sumber: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/23/kl-reports-highest-inflation-rate-in-october/)


Wednesday, November 21, 2018

KENAPA GIANT BENARKAN PROMOSI ARAK?

Penularan video seorang lelaki Melayu menunjuk isyarat lucah kepada seorang promoter arak jenama Carlsberg menunjukkan masyarakat negara ini sedang sakit di bawah pemerintahan Pakatan Harapan. 

Pertamanya, adalah tidak rasional untuk lelaki terbabit mengherdik dan menunjuk isyarat lucah kepada promoter tersebut. Gadis tersebut telah menerangkan kepadanya bahawa promosi tersebut hanya untuk orang bukan Islam.

Sangat menghairankan seorang lelaki Melayu yang kononnya tidak selesa dengan promosi arak boleh mengherdik dan memainkan sentimen bumi Melayu, Bahasa Melayu serta menunjukkan isyarat lucah.

Apakah lelaki ini ada masalah psikologi atau agen parti politik tertentu untuk mensabotaj perjuangan orang Melayu dan Islam?


Sepatutnya jika tidak bersetuju dengan tindakan promosi terbabit beliau harus membuat aduan kepada pengurusan pasaraya Giant. 

Penampilan beliau Bersama Ahli Parlimen DAP untuk memohon maaf menimbulkan lagi syak wasangka bahawa klip video ini dirancang untuk memberi imej yang buruk kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

Persoalan lebih utama mengapa promosi arak dibenarkan di pasaraya Giant yang khalayaknya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan pegangan agama? Apakah Giant sudah tidak peduli kepada sensitiviti masyarakat Islam?

Jika rokok tidak boleh dibuat promosi di pasaraya, mengapa arak dibenarkan sedangkan syarat pembelian harus individu berusia 18 tahun ke atas.

Tampak seperti Giant tidak lagi menghormati sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam yang merupakan sebahagian pelanggannya.

Promosi arak seharus dilakukan ditempat-tempat yang lebih khusus kepada orang dewasa bukan Islam seperti di kelab malam, pusat hiburan dan kedai makan "non halal".






Tuesday, November 20, 2018

LIM KIT SIANG AKAN TERUS MENYANYIKAN LAGU 1MDB SEHINGGA MATI

Hampir saban minggu, malah mungkin lebih kerap dari itu, Lim Kit Siang, bapa kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, akan terus mengulas isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menutup kelemahan dan keburukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kelemahan anaknya sebagai Menteri Kewangan.

Terbaru dengan pantas Kit Siang menulis di Malaysiakini “Naïve of Umno leaders to say 'don't blame us for 1MDB'” membelasah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan hanya meminta rakyat memahami kedudukan UMNO. UMNO adalah sebagai parti siasah yang memperjuangkan kepentingan rakyat terutama kaum bumiputera dan agama Islam.

UMNO bukan pentadbir dan pengurus 1MDB, justeru Mohamad Hasan mohon rakyat memberi peluang UMNO meneruskan perjuangan asalnya. Mohamad Hasan tidak mengatakan rakyat perlu melupakan apa sahaja dakwaan kepada 1MDB.

Mengapa Kit Siang beria-ria meneruskan perbincangan skandal 1MDB yang kononnya telah dibawa ke mahkamah?

Kit Siang mahu UMNO mati kerana UMNO adalah ancaman kepada ideologi kesamarataan DAP. Beliau tahu selagi UMNO kuat selagi itu kedudukan masyarakat Bumiputera, orang Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam akan kekal sebagai sesuatu yang istimewa dalam negara ini.

Keduanya, Kit Siang tahu kredebiliti anaknya sedang kuat dipertikaikan dan kelemahan demi kelemahan terdedah setiap minggu.Beliau perlu mengubah perbincangan dari isu Bon Samurai, Bajet 2019 yang lemah dan tidak meyakinkan rakyat serta pelbagai kesilapan anaknya selaku Menteri Kewangan.

Niat Kit Siang jelas apabila beliau menulis. “Only yesterday, at the beginning of the presentation of Budget 2019, Umno members of Parliament booed and jeered Finance Minister Lim Guan Eng when he thanked Malaysians for saving the nation from a kleptocratic government and commended the rakyat for their courage to replace the old government with a new, clean and democratic administration.”

“The country, through live telecast, saw Parliament divided with MPs on one side who supported the new government to fight the infamy and ignominy of Malaysia being regarded worldwide as a global kleptocracy by introducing a clean, accountable and democratic government.”

Kit Siang cuba menunjukkan bahawa ahli Parlimen UMNO memboo anaknya kerana menyokong kleptokrasi. Ini penghujahan kebudak-budakan. Lim Guan Eng diboo kerana menggunakan sesi penting pembentangan kewangan negara untuk berpolitik secara jahat.

Untuk pengetahuan Kit Siang, kedudukan dan kekukuhan negara ini yang membolehkan beliau dan anaknya menikmati pelbagai kemudahan termasuk sekarang dengan gaji bulanan hampir RM100 ribu sebulan adalah hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional.

Anaknya tidak akan dapat membentangkan Bajet 2019 bernilai RM315 bilion jika beliau mewarisi negara ini dari sebuah kerajaan kleptokrat seperti dakwaan beliau.

Pakatan Harapan tidak akan mendapat sumbangan beratus juta ringgit dalam pilihan raya umum lalu jika benar negara ini berada dalam keadaan nazak akibat UMNO.

Kit Siang boleh terus menyanyikan lagu 1MDB sampai mati, tapi UMNO akan terus hidup jika kerajaan PH tidak main taktik kotor mengharamkannya. Ini kerana tiada orang Melayu dan Islam yang waras akan percaya dengan DAP kecuali mereka yang telah dibeli oleh DAP.

Friday, November 16, 2018

SUSU 1MALAYSIA DAN KEBODOHAN MENTERI PENDIDIKAN

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menceceh menyatakan tiada susu percuma dibekalkan ke sekolah-sekolah pada tahun 2017 walaupun peruntukan telah dibelanjakan.

Pentaksub Maszlee dan kerajaan menyatakan Menteri tersebut keliru mengenai isu yang ditimbulkan ialah susu percuma pada 2018.

Maszlee tidak keliru tetapi sebenarnya bengap. Beliau memanggil siding akhbar dan beberapa kali menyatakan tahun 2017 tiada susu percuma diberikan walaupun peruntukan dikeluarkan. 

Namun susu percuma memang diberikan pada tahun 2017. Terdapat bukti nyata tandatangan 7000 orang guru sekolah yang menerima susu terbabit bagi tujuan edaran.


“Kesemua proses ini membabitkan dokumen lengkap daripada surat setuju terima (SST) kerja pembekalan sehingga ke surat akuan penerimaan (SAP) termasuk invois tuntutan pembayaran.

“Agak pelik bila menteri keluar kenyataan sedemikian, ia ibarat bukan sahaja menuduh wujud penyelewengan oleh kerajaan terdahulu malah se­perti mendakwa pihak sekolah, guru dan jabatan pendidikan termasuk pembekal terlibat dalam soal susu yang hilang ini.

“Kalau macam itu, lebih 7,000 penolong kanan serta guru besar juga perlu disiasat dan ditahan memandangkan mereka yang menandatangani SAP selepas bekalan tersebut di hantar ke sekolah,”

Yang menjadi isu ialah susu percuma 2018. Ia memang belum diedarkan sebab tender belum keluar dan kerajaan Barisan Nasional kalah. Sepatutnya kerajaan sekaranglah yang mengeuarkan tender tersebut kerana ia telah diperuntukkan dalam Bajet 2018 yang diluluskan oleh Parlimen.


Thursday, November 15, 2018

RAIS YATIM PEMBAKAR JAMBATAN

Pada 1988, Tan Sri Rais Yatim umum beliau bakar jambatan ke UMNO setelah kalah dalam pemilihan UMNO 1987. Beliau satu-satunya orang politik yang umum bakar jambatan.

Lebih kurang sepuluh tahun kemudian apabila melihat ada peluang untuk memegang jawatan, beliau kembali kepada UMNO.

Sebelum pilihan raya umum lalu beliau sekali lagi menjadi pembelot UMNO di saat-saat akhir.

Apabila Pakatan Harapan menang beliau berhasrat menjadi Yang Di Pertua Dewan Rakyat namun gagal kerana ditolak oleh komponen PH yang lain. Komponen PH tidak setuju kerana Rais hanya meloncat saat-saat akhir.

Hari ini beliau menggesa pemimpin UMNO menyertai Bersatu kerana dijual mimpi jika Bersatu kuat dengan 40 ahli Parlimen, beliau akan menjadi Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Terserahlah jika ada pemimpin UMNO mahu menjadi kuda tunggangan Rais Yatim. Di dalam UMNO pun Rais terkenal sebagai enau dalam belukar.

Thursday, November 8, 2018

Rasuah Dana Politik Untuk Dapat Jawatan

Komen ahli perniagaan dan pengasas IJM, Koon Yew Yin ini sangat biadap. 

“The Perak sultan has absolutely no right under the Federal Constitution to stop my appointment, and he cannot tell the Perak menteri besar and our political leaders how to manage their duties and what to do because I am fully qualified to help improve Perak’s economy.” 

Apakah kerana beliau telah menderma berjuta ringgit kepada Pakatan Harapan (PH) maka beliau berhak mengherdik Sultan Perak? 

Betapa sombongnya beliau, ““I have donated hundreds of thousand ringgit to each of the four component political parties and campaigned in about 10 locations within Perak for PH.” (https://www.freemalaysiatoday.com/…/tycoon-says-sultan-sto…/) 

Rupanya parti Mahathir yang mengamalkan “cash is king”. Anda bagi wang kepada parti anda akan dapat jawatan. Kita juga hendak tahu apakah derma ini telah dilaporkan kepada LHDN?

Apakah ini bukan sebahagian kesalahan AMLA?