Saturday, January 19, 2013

Jais Karim Mana Maruah? - Siri 2

Ha ha ha ha . Geng Three Stooges buat lawok lagi. Hari ini depa suruh Jais bubarkan GPMS Pulau Pinang. Dengan bubarkan GPMS Pulau Pinang, Maliki sebelum ini mewakili GPMS Pulau Pinang tiada persatuan belia untuk mencalonkan dirinya.

Lawok babi apa Jais Karim ini. Lepas umum bubar GPMS Pulau Pinang, Jais buat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan MBM bahawa pencalonan Maliki harus dibatalkan kerana persatuan yang mencalonkannya telah bubar.

Apa Jais ingat ini persatuan bapa dia punya? Apa Irmohizam dan Mazri Muhammad rasa depa sangat pandai merencana sehingga mahu memberi kemenangan percuma kepada Jais? Ha ha ha. Taktik bodoh hangpa tu orang dah tahu tiga-empat hari lepas lagi.

Manusia macam Jais ini nak dilantik jadi Presiden MBM? Wahai perwakilan MBM, Kalau Three Stooges bawa turun duit BTN ambil saja. Undi jangan bagi kepada mangkuk hayun Jais Karim penipu dan pembelit ini.

Jais Karim, Mana Maruah Mu? - Siri 1

Sah proksi Three Stooges, Jais Abdul Karim bertanding menentang Maliki Rapiie merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia. Jais membuat keputusan menentang Maliki kerana dijanjikan sebagai calon pilihan raya umum akan datang oleh tiga ekor pelowok di Pejabat Perdana Menteri.

Tidak malukah Jais bertanding sedangkan Majlis EXCO GPMS sendiri tidak merestui beliau menentang Maliki. Dalam satu mesyuarat sebelum penamaan calon, majoriti EXCO GPMS menentang hasrat beliau untuk bertanding Presiden MBM. Lebih separuh menentang hasrat Jais kerana mereka tahu Jais belum layak memimpin MBM.

Mereka juga kecewa kerana tindakan Jais untuk bertanding jawatan Presiden MBM telah menyebabkan keputusan asal mencalonkan salah seorang pemimpin GPMS sebagai Naib Presiden MBM akan terjejas.

Tapi Jais tidak peduli kerana kononnya pejabat PM mahukan beliau terus bertanding. Tapi jika benar pejabat PM mahukan beliau terus bertanding, mengapa Irmohizam menarik diri? Isyaratnya jelas bahawa dakwaan PM mahu pasukan ini mengambil alih kepimpinan MBM adalah satu pembohongan.

Lihat apa kata bekas pemimpin GPMS : http://www.sahabat-gunung.com/2013/01/jangan-khianati-perjuangan-gpms.html.



Friday, January 18, 2013

Irmohizam Tarik Diri, Janji Akan Kenakan MYKMU.NET

The Three Stooges kepanasan apabila dipersoal oleh ramai pegawai Perdana Menteri yang lain kerana membuat keputusan mencampuri urusan Majlis Belia Malaysia tanpa pengetahuan Perdana Menteri.

Malahan berikutan pendedahan blog ini, beberapa laporan Special Branch mengenai tingkah laku Jais Karim dan Irmohizam J.P. menjual nama Perdana Menteri kepada perwakilan MBM telah masuk ke Seri Perdana dan Jabatan Perdana Menteri sendiri.

Dalam perbincangan di Le Meredian, Kuala Lumpur semalam, 3 pelawak ini memutuskan supaya Irmohizam menarik diri daripada bertanding jawatah Timbalan Presiden MBM sebelum Perdana Menteri sendiri memanggil mereka mengenai isu ini.

Bagaimanapun segala kekuatan kewangan termasuk atas bantuan Raja Arif Biro Tata Negara akan digunakan memenangkan Jais Karim yang akan menentang Maliki.

Sebagai orang lama Majlis Belia Malaysia, blog ini ingin menasihatkan para perwakilan MBM agar mengambil apa sahaja tawaran daripada Jais dan Irmohizam, namun jangan sesekali memberi undi kepada parasit ini.

Ada mangkuk hayun dok edar blog ini di Summit Hotel Subang Jaya kononnya kerja orang Maliki nak burukkan Jais dan Irmohizam. Oiii Jais ngan Irmo ini tidak perlu diburukkan. Hanya perlu cerita fakta mengenai diri mereka maka nampaklah keburukkannya.

Tapi terima kasihlah kerana kebodohan mereka, sekarang makin ramai orang masuk blog ini dan makin banyak orang baca, makin meluaslah keburukan mereka terdedah.

MYKMU.NET Rancang Kejatuhan Irmohizam?

Yang melucukan, dalam percakapan Irmohizam dengan beberapa orang termasuk aku, beliau mengancam akan mengenakan Mykmu.net sepenuhnya. Irmohizam J.P. menuduh Mykmu.net disebalik gerakan blog-blog membelasah beliau dan rakan-rakan pelawoknya.

Mungkin kerana artikel ini:

Pemilihan Majlis Belia Malaysia 2012: Jangan Seret Pejabat Perdana Menteri


dipetik oleh hampir 100 blog, maka Three Stooges pun menggelabah biawak. Apa pun aku nak ucap terima kasih kepada Parpukari yang mempopularkan blog ini.

Terima kasih juga kepada MYKMU yang sanggup ulas panjang lebar pemilihan MBM kali ini. Mungkin selepas ini tamatlah riwayat Mykmu. Maklumlah sebelum ini banyak program Mykmu dihadiri oleh Perdana Menteri. Minta maaflah MYKMU kerana aku hangpa pun jadi celaru. Tapi apa nak buat, parasit-parasit ini jangan dibiarkan berleluasa,

Terima kasih juga kepada Sahabat Gunung bekas pemimpin GPMS yang berani bersuara.

Paling penting kepada semua lebih 100 bloggers yang sanggup bersama menyatakan pandangan belia dan orang ramai mengenai tingkah laku three stooges ini.

Kepada tiga ekoq ini, cukuplah wahai Boboyot, hang pa tak malukah jual nama PM, la ni nak sabotaj orang lain pula.

Kalau betoi PM suruh hang ambil alih kepimpinan MBM, apasal sekarang tarik diri? Hari tu bukan main belasah semua pegawai PM lain untuk bawa perkara ini kepada PM. Apasal tak bawak? Bawaklah jumpa PM. Adukanlah kononnya Datuk Akmar Hisham, Datuk Wan Shihab dan Datuk Rizal Mansor buat gerakan blog untuk sabotaj hangpa tiga ekoq!

Aku dah 15 tahun dalam MBM pun tak pernah permainan jahat hangpa ni. Sejak ada hangpa kat pejabat PM dah dua kali huru-hara MBM. Elok hangpa berambus sahaja dari MBM. Buatlah kerja politik hangpa.

Aku pun nak balik kedah dah Isnin ini. Harap Maliki menang. Bukan kerana aku suka Maliki sangat, tapi aku taulah perangai haram jadah Jais, three stooges dan Raja Arif BTN.

Nota: Tunggu lepas penamaan calon, aku akan dedahkan lebih banyak lagi perihal Three Stooges, Raja Arif dan seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Ohh ya Datuk Faizal Kapar, tolong jangan talipon aku. Sorryla sejak hang bagi MBS pada Irmohizam J.P. aku dah taka respect lagi. Sia-sia hang dilantik jadi bendahari MBM dulu, buat malu geng lama kita saja. Hang bela la Irmohizam tu kononnya untuk baik dengan PM. Tengokla berapa lama boleh bertahan dengan parasit macam tiga stooges tu.


Wednesday, January 16, 2013

Perang Besar MBM Angkara Irmohizam dan Pejabat PM

Angkara Datuk Irmohizam J.P., menggunakan nama pejabat Perdana Menteri, sekarang ini wujud perang besar dalam Majlis Belia Malaysia (MBM).

Hasilnya telah wujud blog yang mencetuskan fenomena luar biasa dalam pemilihan kali ini. Akibat kerakusan Irmohizam dan ThSila tengok: http://nadibelia.blogspot.com/.

Datuk Irmohizam adalah satu-satunya penerima Jaksa Pendamai Sabah dari luar negeri di bawah bayu tersebut. Ramai orang sabah sendiri hairan bagaimana mamat yang umur tidak sampai 40 tahun lagi boleh dapat J.P.

Apa kelebihannya? Apa lagi kalau bukan "jual nama" Perdana Menteri.

Semua kebobrokan pemimpin belia ini tidak akan menjadi perbincangan jika manusia bernama Irmohizam, Mazri dan Khairil Anas profesor celup tidak masuk campur dalam hal ehwal belia.

Pejabat PM Jangan Buat Pekak Badak Sahaja

Seluruh perwakilan ke Mesyuarat Agung MBM sudah tahu bahawa Dato Irmohizam Ibrahim J.P. mendakwa kononnya team beliau bersama Jais Karim (GPMS)diminta oleh Pejabat Perdana Menteri bertanding menentang Muhammad Maliki Rapiee. 

 Team Three Stooges ini sibuk mengatur agenda melingkupkan MBM tanpa pengetahuan Perdana Menteri. Sekarang ini hendak Pejabat Perdana Menteri jelaskan adaah benar dakwaan Irmohizam bahawa PM minta beliau bertanding. Jangan jadi macam Majlis Belia Selangor, sibuk jual nama PM tapi bila menang apa pun tak bergerak sehingga sekarang.

[Sejak bila Irmohizam jadi pengakap ini? Masuk pengakap pun secara tipu sebab nak bertanding dalam MBM beberapa tahun lalu. Saya tahu siapa Persuruhjaya Pengakap yang menipu keahlian Irmohizam dalam pengakap dulu. Pengakap konon, ikatan pengakap pun tak tahu]. 

Cukuplah memalukan nama PM dalam pemilihan MBM yang lalu sehingga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahalan Nasution, terpaksa masuk campur meredakan keadaan dengan memaklumkan PM tidak memberi sebarang restu kepada sesiapa untuk bertanding dalam MBM melalui pejabatnya. Kalau benar Irmohizam mahu memegang jawatan tinggi dalam MBM, buktikan dulu melalui MBS, bukannya menjual nama PM.

Cukuplah menjual nama PM untuk mendapat pangkat dan juga anugerah. Takkan jawatan belia pun mahu guna nama PM. Mengapa orang sebegini masih mendapat tempat di pejabat PM? Berapa ramai pemimpin politik Selangor telah beliau burukkan di hadapan PM. Sekarang mahu menjahanamkan Majlis Belia Malaysia pula? 

 Benar atau tidak beliau menerima anugerah Belia Asean melalui jalan belakang?

Jais Bertanding Tanpa Restu GPMS?

Seluruh saf kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terkejut apabila Presiden mereka dengan tiba-tiba berkempen ke seluruh negara mahu mencabar Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), sedia ada, Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. 

 Mereka terkejut kerana GPMS sebelum ini telah membuat ketetapan hanya untuk mencalonkan salah seorang wakil pertubuhan tersebut sebagai Naib Presiden MBM bagi pemilihan kali ini? 

 Seorang aktivis GPMS bukan sahaja mempersoalkan tindakan Jais membelakangi keputusan Majlis GPMS malah mempersoalkan sumbangan Jais kepada GPMS selama beliau menjadi Presiden GPMS? 

 GPMS seperti hidup segan mati tidak mahu di bawah Jais Karim berbanding presiden-presiden sebelum ini. Namun ahli GPMS tidak seharusnya terlalu marahkan Jais kerana beliau telah ditipu oleh Three Stooges dari pejabat Perdana Menteri. 

Three Stooges ini menipu Jais seperti mana mereka menipu YB Noorol Azali Sulaiman pada pemilihan lalu. Noorol dan, sekarang, Jais ditipu kononnya mereka diminta bertanding oleh Perdana Menteri. 

Hakikatnya Perdana Menteri tidak pernah mengambil bahagian dalam pemilihan MBM kerana beliau percaya kepada kebebasan pertubuhan belia.

Oleh kerana dalam pemilihan lalu, pelawak-pelawak ini gagal mempengaruhi perwakilan mereka mencuba lagi kali ini. Kali ini mereka diketuai oleh "penipu terkemuka" bergelar Datuk Irmohizam Ibrahim J.P. 

Selaku Naib Presiden MBM yang juga merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri yang bercakap maka tentulah ramai perwakilan akan percaya bahawa kumpulan ini direstui oleh Perdana Menteri.

Irmohizam merayu-rayu untuk menjadi pegawai khas Perdana Menteri kononnya sebagai wakil belia di dalam pejabat PM beliau boleh menjadi jambatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat Perdana Menteri. Malangnya, pabila diberi jawatan beliau bukannya bekerja untuk Perdana Menteri tetapi beliau bekerja untuk diri sendiri.

Tidak cukup itu bagi memastikan diri beliau mempunyai landasan kukuh untuk bertanding kali ini, Irmohizam telah meminta Datuk Faizal Abdullah menyerahkan Majlis Belia Selangor kepadanya. Alasannya, sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri beliau boleh menggerakkan MBS dengan lebih baik dan berkesan.

Faizal Abdullah yang cakap pandai dan "boleh meruntuhkan gunung" pun terpaksa menentang arus daripada pemimpin belia Selangor sedia ada seperti Badrulhisham dan Budiman Mohd Zuhdi. Faizal mengepikan calon-calon pemimpin belia yang telah terbukti bekerja keras memaukan belia Selangor dan memberi laluan kepada Irmohizam kerana takut beliau akan mendapat nama buruk di pejabat Perdana Menteri.

Semua orang tahu perangai tiga ekor Three Stooges ini yang selalu memberi maklumat yang salah kepada Perdana Menteri jika mereka mahu menjatuhkan orang politik yang tidak mendengar pandangan mereka.

pssssssssssssssssssss: Tunggu pendedahan yang lebih panas menjelang perhimpunan MBM hujung minggu ini. Duit, duit, di mana engkau duit!


Tuesday, January 15, 2013

Perlukah Pejabat PM Masuk Campur Hal MBM?

Apabila orang UMNO dan Rakyat Malaysia memutuskan enough is enough kepada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, salah satu isu besar ketika itu ialah sikap tamak kuasa, bangga diri dan menggunakan segala pengaruh pejabat PM oleh para pegawai Abdullah.

Para pegawai Abdullah seperti Zaki Zahid, Khairy Jamaluddin, Mustapha Omar Ong berleluasa dalam parti politik, badan bukan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Selepas 3 tahun pentadbiran Najib Tun Razak sedang mengulangi kesilapan yang sama.

Tanda-tanda tersebut sudah jelas apabila ketiga-tiga Setiausaha Politik Perdana Menteri sibuk menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ini termasuklah seorang Setiausaha Politik yang mahu mengambil alih kawasan MCA di Wilayah Persekutuan.

Namun yang lebih serius ketika ini ialah tindak tanduk tiga orang pegawai muda pejabat Perdana Menteri seperti Datuk Irhomhizam Ibrahim, Dato Mazri Muhammad dan Dato Prof Khairil Anas mahu menguasai pentas-pentas NGO termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM).



Mereka ini digelar "Three Stooges" Pejabat Perdana Menteri kerana tindak-tanduk membodohkan diri yang sering mereka lakukan. Misalnya, Apakah pencapaian Khairil Anas anak muda yang menjadi kesayangan PM ini sehinggakan melayakkan beliau menggunakan gelaran Profesor? Universiti mana yang memberi beliau jawatan Profesor dan atas kelayakan apa? Berapa banyak buku beliau diterbitkan, berapa banyak kertas seminar beliau diterbitkan?

3 Pelawak ini bergerak melalui Global Moderates of Movement Foundation (lihat sini).

Tahun ini melalui dana ini mereka berazam mahu merampas Majlis Belia Malaysia (MBM) dariapada pemimpin belia sebenar. Kumpulan ini mempergunakan Jais Abdul Karim untuk menentang Presiden MBM sedia ada.

Manakala Irmohizam akan bertanding sebagai Timbalan Presiden MBM. Dengan melakukan "tag-team" dengan Jais, Irmohizam berharap beliau akan mencapai kompromi saat akhir. Beliau akan menawarkan kepada Presiden MBM sekarang ini, Maliki agar meminta calon Timbalan Presiden lain menarik diri supaya beliau boleh menang tanpa bertanding. Sebagai balasan Irmohizam akan meminta Jais menarik diri dari pertandingan Presiden MBM dan membolehkan Maliki menang tanpa bertanding.

Tujuan Irmohizam bukanlah memenangkan Jais. Beliau hanya menggunakan Jais sebagai bidak untuk beliau membuat "bargain" dengan Maliki dan saf Majlis Belia Malaysia yang lain.

Yang menimbulkan kemarahan ramai pemimpin belia ialah tindak-tanduk Irmohizam, Khairil Anas dan Mazri Muhammad menggunakan nama pejabat Perdana Menteri untuk mempengaruhi perwakilan MBM.

Pada pemilihan lalu kumpulan ini telah cuba menghuru-harakan MBM melalui calon payung terjun saat terakhir. Namun ADUN ini yang merasakan diri beliau dipergunakan oleh 3 pelawak ini telah menarik diri di saat-saat akhir.

Apakah the Three Stooges pejabat PM ini akan menghuru-harakan persatuan belia seperti MBM? Kita tunggu sabtu ini. Sementara itu, sekiranya kumpulan ini masih lagi berkempen menggunakan nama pejabat PM, blog ini akan mendedahkan lebih banyak isu membabitkan 3 manusia tidak berguna ihi.