Tuesday, December 18, 2018

SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI KORUP, "MALAIKAT" MEMBISU

Nampaknya para "malaikat" dalam Pakatan Harapan diam membisu apabila Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, En Zahid Md Arip dikaitkan dengan menjadi orang tengah menerima rasuah dalam transaksi Felda.

Pertuduhan di mahkamah membabitkan nama Zahid Md Arip ini sangat memalukan dan menunjukkan kerajaan tidak serius dalam memenuhi janji mereka memerangi rasuah. 

Malahan sebelum ini terdapat khabar bahawa Zahid Md Arip dipecat dari Felda kerana menipu sijil akademiknya.

Kerajaan Pakatan Harapan berjanji lebih bersih dari Barisan Nasional. Sebaliknya yang dilantik penuh rasuah dan penyelewengan dari Menteri seperti Lim Guan Eng sehinggalah kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri. 


Nota: 

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas dana tersebut dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel  and  Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah itu yang mana Anggota Lembaga Pengarah Felda memberi mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-10, Mohd Isa didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai, yang kesemunya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel iaitu Anggota Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel  and  Suites di Kuching oleh pihak Syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

No comments: