Wednesday, April 25, 2007

Khalid Sendiri Sokong BN

"Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya...dan saya berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan Undangan Negeri Ijok. Terima kasih," katanya sebelum mengakhiri ceramah itu di Ladang Tuan Mee di Ijok yang merupakan kawasan majoriti penduduk India. "

Kata-kata Abdul Khalid itu menimbulkan keriuhan dalam kalangan 150 orang yang hadir kerana beliau "mempromosikan" lawannya pada pilihanraya itu.

Beberapa penyokong PKR yang menyedari perkara itu lantas melaung "Tan Sri tercakap salah, Tan Sri tercakap salah" kepada hadirin bagi membetulkan kenyataan. Ini membuatkan hadirin terus ketawa manakala penyokong BN, yang turut mengikuti ceramah itu, bertepuk tangan.

Monday, April 23, 2007

Tuhan Kasi Dia Tidur Terus - AZMIN ALI

Beberapa orang pendengar ceramah Azmin Ali di Batang Berjuntai pada pilihan raya kecil Ijok, jumaat lalu melahirkan rasa tidak puas hati dengan Naib presiden PKR itu.

Kemarahan mereka berpunca daripada lawak Azmin terhadap mendiang Sivalinggam.

"Undi Parthiban apa dia boleh buat? TDia tak boleh buat apa mau lawan itu Khir Toyo. Kalau bagi Khalid menang dia boleh lawan sama itu Khir. Dulu Sivalinggam pun tak berani lawan. Duduk dalam dewan (DUN Selangor) dia tidur. Khir suruh bangun dia bangun. Khir kata duduk, dia duduk."

"Itu Siva selalu tidur dalam dewan. Satu hari Tuhan kasi dia tidur terus."

Menurut masyarakat India, tindakan menghina orang telah mati merupakan satu perbuatan yang keji dan tidak bermoral. Apatah lagi dijadikan bahan jenaka pula.

Radzi Cabar Anwar Pejuangkan Penghapusan DEB di Ijok

Untuk memancing undi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahimlantang mendesak Kerajaan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya yang lalu di Machap yang majoritinya kaum Cina.

Tetapi jelas semua ini adalah semata-mata menangguk di air keruh. Untuk menang Anwar sanggup timbulkan isu yang merugikan orang Melayu. Bagaimanapun kini Anwar sudah tersepit apabila pemimpin BN dan Umno mencabarnyamemainkan isu hapus hak orang Melayu itu di kempen pilihanraya kecil Ijok.

“Apa tunggu lagi…cakap saja isu itu di Ijok untuk meraih sokongan orang Melayu.

Saya rasa Anwar tidak berani memainkan isu ini dalam kempennya di situ,” kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mencabar Anwar.

Tentu sekali Anwar tak berani cakap isu hak Melayu dii Ijok kerana di kawasan ituterdapat 51 pengundi Melayu.

Saturday, April 21, 2007

Kalau Orang Lain Haram, Kalau Mereka Halal


Hello brother dalam Pas dan PKR. Selalu kata orang UMNO salam lelaki perempuan haram.


Yang ni macam mana Bro?
Terima kasih kapada: pilihanrayakini.blogspot.com

Anwar Bunuh Altantuya

Anwar Ibrahim berkempen ke serata Ijok dan negara mendakwa Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan model Mongolian bernama Altantuya.

Dalam Ucapan di Simpang Tiga Ijok pada 20 April 2007 di hadapan kaum Cina, Anwar Ibrahim berkata:

"Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu? Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah."

Macam mana Anwar Ibrahim boleh baca bahan letupan C4 yang meletupkan Altantuya adalah milik Kementerian Pertahanan? Bom sudah meletup macam mana mau baca?

Memandangkan Anwar mengetahui ayat yang tertera atas bom tersebut sebelum diletupkan, adakah Anwar yang meletupkan model Mogolian tersebut?

Thursday, April 19, 2007

BN lebih baik dari PKR

BN Lebih Adil dan PKR bersifat perkauman. Ini bukan wak Dol yang kata. Bukan juga pemimpin UMNO mahu pun BN. Tapi kata-kata ini keluar dari mulut seorang aktivis pembangkang India yang bernama P. Uthayakumar.

Wak Dol cukup menyampah dengan Uthayakumar ni sebab peguam ni tak ada kerja lain kecuali membela membuta tuli masyarakat India. Bagi beliau tak ada penjahat dari keturunan India. Apa sahaja isu babitkan Polis dengan penjahat dari kaum India akan dianggap polis yang jahat.

Tapi manusia macam ni pun tak percaya PKR.

Dalam kenyataan beliau kepada Malaysiakini.com, Uthayakumar, berkata bahawa Barisan Nasional (BN) jelas merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang adil dan bertanggung jawab berbanding PKR dan pembangkang lain.

Setiausaha penaja Persatuan Reformasi Insan Malaysia (PRIM) ini juga turut menyelar penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengamalkan apa yang beliau cakap.
PRIM yang kecewa dengan tindakan PKR mencalonkan Khalid Ibrahim sebagai calon di Ijok sungguhpun terdapat desakan jelas dari pembangkang lain supaya melatak calon kaum India.
Menurut beliau, satu-satunya sebab pemilihan Khalid ialah kerana majoriti pengundi di Ijok adalah Melayu.

Uthayakumar yang terkenal dengan sikap anti kerajaan dan UMNO kali ini memberi pujian kepada parti tersebut. Menurut beliau, Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO lebih adil dan bertanggung jawab dengan tetap menyenaraikan calon kaum India di Lunas dan Teluk Kemang sungguhpun menghadapi cabaran hebat pembangkang Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Menurut Uthayakumar:

"Umno, a Malay-only party, reserved 10 parliamentary and 20 state seats for Indians in MIC and BN. These were safe Malay-majority seats as there is not a single seat with an Indian majority.

"We cannot help but envy the enthusiasm and solidarity Umno leaders display for the Indian candidate in Ijok. The photographs and media reports speak for themselves," he added.

[Terjemahan: UMNO, sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh orang Melayu sahaja telah memberi 10 kerusi Parlimen dan 20 kerusi negerui kepada kaum India dalam MIC dan BN. Kerusi-kerusi ini merupakan kawasan majoriti Melayu yang juga merupakan kawasan selamat UMNO.

Kita tidak dapat lari dari mengkagumi kesatuan dan semangat yang pemimpin UMNO tonjolkan kepada calon kaum India mereka di Ijok. Gambar dan laporan media menunjukkan dengan jelas keikhlasan mereka.

[Catatan: Hairan sungguh dengan Uthayakumar! Sudah tahu BN yang paling baik, lagi hendak sokong pembangkang buat apa?]

Tuesday, April 17, 2007

Hasan Ali Mahu hapuskan Kroni?


Pertama sekali baik dijelaskan bahawa dalam politik demokrasi adalah lumrah untuk parti politik menerima sumbangan, dana atau apa sahaja bentuk bantuan dari korporat untuk kempen pilihan raya mahu pun aktiviti semasa. Selagi ia tidak membabitkan kerja-kerja mempengaruhi keputusan kerajaan maka ia tidak dianggap salah.

Sama ada di Amerika Syarikat, mahu pun di Malaysia, sama ada UMNO mahu pun Pas, menerima sumbangan dan bantuan ahli korporat, syarikat korporat dan individu yang bersimpati dalam perjuangan atau ideologi parti tertentu adalah lumrah dan diterima sebagai sebahagian daripada demokrasi.

Sebab itu Wak Dol merasa sungguh lucu bila Hasan Ali yang kalah teruk dalam pilihan raya lalu tiba-tiba meminta Badan pencegah rasuah menyiasat dakwaan Harakahdaily bahawa syarikat Puncak Niaga menyumbangkan rumah penginapan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor untuk tinggal sempena kempen pilihan raya Ijok kali ini.

Wak Dol tidak tahu sama ada memang benar Puncak Niaga sediakan penginapan atau tidak. Sama ada disediakan atau tidak, tidak penting kerana ia tidak salah. Sumbangan dana korporat unuk kempen pilihan raya tidak salah.

Cuma Wak Dol nasihatkan Hasan Ali ingat kembali pendedahan sebuah akhbar beberapa tahun lalu macam mana penyalahgunaan dana Harakah milik Pas untuk kepentingan individu Hasan Ali.

Wak Dol masih ingat laporan ini:
--------------------------------------------------------------
Harakah Peruntuk RM 1.7 juta Selamatkan Sabha Group

Syarikat SABHA GROUP milik Dr. Hasan Ali telah diselamatkan oleh Harakah dengan membayar hutang syarikat tersebut kepada Bank berjumlah lebih RM 1.7 juta. Tindakan mengambil alih labialiti Sabha Group terhadap sebuah bangunan perniagaan di Salak Baru Sepang dilihat oleh sebahagian penyokong Pas sebagai satu tindakan penyalahgunaan kuasa dan kronisme peringkat tertinggi.

Seorang ahli perniagaan yang juga penyokong Pas bertanya kepada penulis, apakah jika beliau juga mengalami masalah seperti Hasan Ali maka Harakah akan menolong? Sedangkan Hasan Ali jarang menderma kepada parti, sebaliknya lebih banyak mengutip duit parti dalam aktiviti politiknya.

Beliau bertanya lagi, Apakah harakah akan sanggup menjamin hutang sebegitu tinggi dengan cagaran sebuah rumah kedai di bandar yang belum tentu bila akan berkembang ekonominya.

---------------------------------------------------------------------------------------


Harakah Bail-Out Hassan Ali!
Jutaan Ringgit Wang Parti Disalahgunakan, Penyokong Kerdil Diminta Derma
Wartawan Memo 25 yang menjalankan siasatan ke atas perniagaan Hassan ali menjumpai beberapa perkara yang amat mengejutkan dan penuh skandal kewangan serta peribadi.

Satu daripada skandal yang bakal mengejutkan ramai penyokong PAS ialah tindakan Harakah (Lidah Rasmi PAS) melakukan bail-out ke atas Hassan Ali dengan mengambilalih tangungan beberapa hutang syarikat Hassan Ali, SABHA AMBANG HRD Sdb. Bhd. yang jumlah mencecah jutaan ringgit.

Salah satu daripada hutang SABHA yang diselamatkan oleh Harakah ialah bangunan 2 unit 3 Tingkat di Cosmoplex Bandar Baru Salak tinggi Sepang.

Menurut maklumat yang diterima, labiliti atau hutang SABHA kepada Bank yang ditanggung oleh Harakah ialah berjumlah RM 1, 723, 493.73.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Dato’ Dr. Hassan Ali sebagai pemilik SABHA dengan Pengerusi Harakah, Dato’ Hishammudin Haji Yahya.

Dalam sisatan lanjutan wartawan MEMO 25 mendapati terdapat kemungkinan beberapa lagi hutang SABHA dengan beberapa buah bank turut diambil alih oleh Harakah yang boleh menjangkau sepuluh juta tinggit.

Beberapa sumber dalaman PAS merasa kecewa dengan tindakan Pengerusi Harakah yang mengambil keputusan menyelamatkan syarikat Hassan Ali, sedangkan dalam masa yang sama rakyat bawahan diminta menderma untuk perjuangan parti.

“Bagaimana kita boleh meminta derma daripada rakyat bawahan yang bersusah payah bekerja tetapi wang parti yang berjuta ringgit digunakan untuk menyelamatkan Hassan Ali yang telah mempunyai hampir RM 20, 000 pendapatan bulananya (gaji dan elaun sebagai wakil rakyat serta bayaran berceramah dalam kempen PAS)”, tegas seorang pemimpin bawahan kumpulan pesaing Hassan Ali.

Pegawai kanan parti yang enggan disiarkan identiti pula mendakwa sekiranya banyak lagi bail-out berlaku ke atas syarikat Hassan Ali tersebut ia berkemungkinan akan menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong bawahan dan boleh mengurangkan derma kepada parti tersebut.
Sungguhpun beliau tidak menjelaskan dari mana Harakah mendapat begitu banyak dana untuk menyelamatkan SABHA Groups milik Hassan Ali tetapi dana ini dipercayai hasil beberapa kawasan balak yang dianugerahkan oleh kerajaan Terengganu dan Kelantan kepada Dato’ Hishammudin.
Note: Dipetik dari MEMO 25

Sunday, April 15, 2007

Parti keliru, Pemimpin Keliru dan Pakatan keliru

Pas masih berada dalam keadaan keliru. Macam salah seorang pemimpinnya di Selangor Dr. Hasan Ali yang terkenal dengan gelaran Mr. Split Personality - kerana personaliti yang berubah-ubah.

Pas Selangor dikatakan yakin PKR akan menang jika meletak bekas Pengerusi Guthrie, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon Dun Ijok. Justeru pemimpin Pas Selangor Hasan Ali dan Khalid Samad berjanji Pas akan turun berkempen jika Khalid bertanding.

Ishhh apa sudah jadi ni ya maulana ya habibi ya hassan ali. Sekejap boikot sekejap tidak. Jika dulu boikot sebab SPR, apakah kali ini boikot atau tidak bergantung kepada siapa calon PKR?

Pemuda Pas kata parti tersebut harus terus boikot pilihan raya kecil.

Lagi keliru Hadi Awang pula berkata Barisan Alternatif akan berbincang sama ada untuk boikot atau tidak dalam pilihan raya kecil Ijok. PKR sudah sah mahu letak calon. Jadi hadi nak bincang dengan siapa lagi? Ada BA barukah?

Lagi kita keliru. Siapa dalam BA ni? DAP kata tidak boleh kerjasama dengan Pas, Pas pula tidak mahu duduk semeja dengan DAP.

Hanya tinggal Keadilan jadi suami berpoligami. Sekejap rumah isteri tua, sekejap rumah isteri muda, tapi dua-dua isteri tak boleh bertentang mata.

Saturday, April 14, 2007

Cerita Gila Talak

PAS sudah mengumumkan memboikot pilihan raya kecil. Mereka tidak bertanding di DUN Batu Talam (Pahang) dan DUN Machap (Melaka). Namun di Ijok lain pula ceritanya.

Bukan main lagi laman web Pas (harakahdaily.net) menyerang UMNO terutamanya Datuk Seri Naijb dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Dalam sebuah ulasan terbaru, organ propaganda Pas itu mengambil contoh sebuah keluarga miskin sebagai bukti kegagalan kepimpinan Khir Toyo dan kegagalan BN Selangor.

Yang gagal diceritakan oleh Harakahdaily ialah bahawa selama lebih 50 tahun BN memerintah apakah rakyat makin miskin atau makin senang? Kita tidak mahu menafikan kenyataan bahawa masih terdapat rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan di DUN Ijok, Parlimen Kuala Selangor, negeri Selangor mahu pun seluruh negara.

Hakikat yang perlu ditanya ialah apakah jumlah orang miskin ini bertambah atau makin berkurangan di bawah kepimpinan BN? Apakah Ijok semakin mundur atau semakin membangun? Jika soalan ini ditanya dan dijawab secara jujur nescaya kita akan mengakui bahawa Ijok dan Selangor sendiri sudah jauh membangun. Malah jika dibandingkan Selangor pada 1987 dengan Selangor 2007 sudah ibarat bumi dengan langit jurang kemajuannya.

Jika kita perhatikan sikap dan peri laku propaganda Pas, kita akan dapati parti ini akan mempunyai cerita sama pada setiap kali pilihan raya. Skrip yang sama mengenai ada orang miskin tetapi watak yang berlainan.

p/s: Kata boikot pilihan raya kecil tapi terus berkempen dan boleh pula melahirkan keyakinan Barisan Alternatif akan menang. Adakah masih wujud BA ini? Pas boikot, DAP lawan., Pas Boikot Keadilan bertanding. Jadi BA apa?

Kata kawan Wak Dol, sikap Pas terhadap kes boikot pilihan raya ini seumpama orang gila talak.

Orang kalau boikot duduk diam sajalah.

Friday, April 13, 2007

Teater al-maki-wal hamun

Al Maki Wal Hamun bukan sebuah blog maki hamun, sumpah seranah seumpama Amir Hafizi (blog malay male) mahu pun blok carut marut, hubungan seks jauh sekali ingin menjadi juru bicara adegan lucah.

Al Maki Wal Hamun muncul kerana inspirasi kemunculan semula "Asian Renaissance Man", brother Anwar Ibrahim. Kemunculan Brother Anwar di Manchap menyokong parti DAP merupakan titik mula perjuangan baru.

Al Maki Wal Hamun adalah kata-kata hikmat Brother Anwar terhadap parti Islam se-Malaysia (PAS).