Monday, January 7, 2019

BERATUS RIBU RINGGIT WANG BERSATU PERLIS LESAP - WAN SAIFUL



















Baru-baru ini, saya membuat laporan polis mengenai pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Saya digesa untuk menarik balik laporan tersebut. Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis. Saya ditawarkan wang yang besar sekiranya membantu pengaturan kontrak tersebut. Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu.

Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis. 

Hal ini menambah iltizam saya untuk membantu Bersatu di Perlis menjadi lebih baik. Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru.

*Wan Saiful Wan Jan*
*7 Januari 2019*

PELAJAR MISKIN DIJADIKAN KALDAI POLITIK PAKATAN HARAPAN

Membantu pelajar miskin dengan kelengkapan persekolahan merupakan satu amalan yang sangat mulia dan wajar diteruskan walaupun ia merupakan idea semasa pentadbiran Barisan Nasioanl. 



Namun tindakan wakil rakyat Pakatan Harapan memberi beg sekolah yang mempunyai muka wakil rakyat sebesar-besarnya tidak ubah seperti menjadikan pelajar miskin papan iklan bergerak. 

Lebih memalukan wakil rakyat ini seorang muslim. Apakah beliau tidak tahu dalam ajaran Islam kita diminta jangan bermegah-megah dengan derma dan sedekah yang dibuat?
Yang Berhormat Mohd Shaid Rosli ini Adun Kawasan Jeram dari PH. 

Apakah beliau tidak rasa segan memaksa pelajar miskin menjadi kaldai politik? Hari-hari pelajar ini terpaksa mengusung muka beliau kerana mereka tidak mampu beli beg sendiri.

Apakah perasaan pelajar-pelajar ini yang membawa beg beliau ke sekolah setiap hari? Jika hendak menderma berilah dengan ikhlas. Apatah lagi jika wang pembelian beg ini adalah peruntukan kerajaan maka tidak wajar dicetak muka beliau sebesar-besarnya.

Ingatlah YB bukan Doraemon atau Mickey Mouse. Jauh sekali upin dan ipin. Jadi tunjukklah contoh dan teladan yang baik kepada orang ramai.



Tuesday, December 18, 2018

SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI KORUP, "MALAIKAT" MEMBISU

Nampaknya para "malaikat" dalam Pakatan Harapan diam membisu apabila Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, En Zahid Md Arip dikaitkan dengan menjadi orang tengah menerima rasuah dalam transaksi Felda.

Pertuduhan di mahkamah membabitkan nama Zahid Md Arip ini sangat memalukan dan menunjukkan kerajaan tidak serius dalam memenuhi janji mereka memerangi rasuah. 

Malahan sebelum ini terdapat khabar bahawa Zahid Md Arip dipecat dari Felda kerana menipu sijil akademiknya.

Kerajaan Pakatan Harapan berjanji lebih bersih dari Barisan Nasional. Sebaliknya yang dilantik penuh rasuah dan penyelewengan dari Menteri seperti Lim Guan Eng sehinggalah kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri. 


Nota: 

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas dana tersebut dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel  and  Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah itu yang mana Anggota Lembaga Pengarah Felda memberi mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-10, Mohd Isa didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai, yang kesemunya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel iaitu Anggota Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel  and  Suites di Kuching oleh pihak Syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Monday, December 17, 2018

ARAB GILA HENDAK LABUR USD400 BILION DALAM PROJEK KERETA NASIONAL

BEBERAPA HARI LALU, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad, telah membuat kenyataan bahawa projek kereta nasional ketiga negara tidak menggunakan wang kerajaan tapi dari inisiatif swasta. 

Namun lebih mengejutkan beliau mendakwa ada usahawan dari Qatar bersedia untuk melabur sehingga RM1.3 trillion atau (USD 400 billion) bagi projek tersebut. 

Kenyataan ini bukan sahaja diketawakan rakyat biasa malah dinafikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof.

"Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) telah menyebut bahawa mereka berminat untuk melabur di negara ini, tetapi (tidak ada) menyebut secara khusus mengenai projek ini (kereta nasional).

"Saya tidak tahu di mana dia (Khalid) mendapat sumber tetapi saya fikir apa yang dikatakan QIA ialah mereka mempunyai banyak dana untuk melabur di negara ini."

Sementera itu netizen menyambut kenyataan Khalid tersebut dengan sindiran "Arab Qatar gila mana hendak melabur dalam projek kereta sebanyak USD 400 billion. Baik beli syarikat Mercedes pun tidak sampai harga tersebut."

Agaknya Khalid Samad ini memang dilahirkan sebagai penipu sejak azali. Dulu janji hendak tutup kilang Carlsberg jika Berjaya menang persekutuan. Sekarang diam membisu.

Tuesday, December 11, 2018

MENTERI MUJAHID JAHIL PERAKAUNAN

Tidak sampai seminggu selepas tohmahan terhadap pengurusan Tabung Haji (TH) yang lepas kononnya menyalahgunakandana Yayasan TH bagi tujuan politik, satulagi dakwaan dilemparkan.

Walaupun penjelasan lengkap saya berhubung tohmahan isu Yayasan TH masih gagal dijawab oleh pengurusan baharu TH, timbul pula tuduhan lain yang serius.

Saya terkejut dengan kenyataan MenteriDi Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kononnyapengurusan terdahulu telahmengisytiharkan hibah sejak 2014 dengantidak mengikut Akta Tabung Haji 1995. Dengan kata lain TH dikatakan telahmembayar hibah kepada pendeposit secaraharam berjumlah RM12.652 bilion selamaempat tahun berturut-turut sehingga 2017 mengakibatkan TH kekurangan RM 4.1 bilion.

Asas kepada tuduhan beliau adalah asetkeseluruhan TH adalah lebih rendah iaituRM70.3 bilion berbanding liabilitisebanyak RM74.4 bilion. Maka saya ingintegaskan bahawa pengurusan TH terdahulutidak melanggar akta berkenaan dan tidakmelakukan apa-apa kesalahan seperti yangdidakwa.

Ini kerana YB Menteri tidak mengambilkira laporan Ernst &Young (EY) dalammenilai nilai realis aset keseluruhanmelibatkan anak syarikat, syarikatbersekutu, syarikat usahasama  danhartanah. Apa yang diambil kira hanyalaporan kewangan semata-mata.

Bagi tahun 2015, nilai realis aset adalahRM64.7 bilion berbanding liabilititermasuk bayaran hibah berjumlahRM63.3 bilion  yakni ada lebihan asetsebanyak RM1.4 bilion.

Nilai aset realis pada tahun 2016 adalahsebanyak RM69.1 bilion manakala agregatliabiliti setelah mengambil kira hibah 2016 adalah sebanyak RM68.4 bilion maka adalebihan aset ke atas liabiliti sebanyakRM701 juta.

Bagi tahun 2017,  nilai aset realis adalahsebanyak RM74.7 bilion berbandingaggregat liabiliti termasuk bayaran hibah2017 sebanyak RM74.4 bilion maka adalebihan aset berbanding liabiliti sebanyakRM373 juta.

Berdasarkan laporan kewangan Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dibuatpada ogos 2017 yang diberikan kepadasetiap Ahli Parlimen semalam, juga adaterkandung laporan EY yang menunjukkanaset TH  melebihi liabiliti untuk ketiga-tiga tahun (2015, 2016, 2017).

Mengikut peruntukan seksyen 22(3)(a)Akta Lembaga Tabung Haji 1995, asetKumpulan Wang tidak kurang daripadajumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaunyang kena dibayar kepada pendepositdikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta.

Sejak 2015 TH telah menilaisemua aset pada nilai realis (nilai pasaransemasa)  dan bagi tiga tahun yang lepas , berdasarkan laporan yang disahkan olehfirma audit luar, nilai aset tabung haji melebihi semua liabiliti. Untuk makluman, nilai realis aset adalah nilai pasaransemasa dan bukan nilai kos pelaburan asal.

Maka Tabung Haji telah membayar hibahmengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a)Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dantidak menyalahi sebarang undang-undang.

Penyata kewangan yang dibentangkan keParlimen setiap tahun belum mengambilkira kesemua aset pada nilai pasaranterkini kerana pelaburan dalam anaksyarikat, syarikat usahasama, syarikatbersekutu dan hartanah masih dinyatakanpada nilai kos asal.

Penilaian yang dinyatakan oleh YBM semalam berbeza daripada  apa yang dibuat oleh TH, iaitu beliau tidakmengambil kira nilai pasaran terkini.

Apa yang dibuat oleh TH terdahulu adalahtidak salah kerana penilaian tersebutdisahkan oleh tetuan EY yang sangatprofesional dan beretika. Selain EY, laporan dan kedudukan kewangan TH telah disemak oleh Jabatan Audit Negara ( JAN) yang kemudian memperakukannyamelalui sijil  bersih setiap tahun kepadaTabung Haji. 

Perlu diingatkan bahawa badan berkanunmestilah tertakluk kepada Ketua AuditNegara dalam urusan dan pengesahanaudit. Ini jelas termaktub dalam AktaBadan Berkanun (Akaun dan LaporanTahunan 1980) sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 5(1) dan 5(2) serta Seksyen 6.

Sekalipun wujud perbezaan pandangan dan tafsiran mengenai dasar perakauanan dalam penilaian aset antara EY dan Price Waterhouse Coopers (PWC) seperti yang dirujuk oleh YB Menteri, akhirnya laporan muktamad adalah berdasarkan pengesahanJabatan Audit Negara.

Selain itu, pelbagai langkah lain turut diambil bagi memelihara kewibawaan danamanah termasuk penubuhan JabatanIntegriti di TH.

Berhubung keadaan pasaran saham merudum teruk pada tahun 2018, ia bukanlah kerana kelemahan pengurusan terdahulu tetapi disebabkan factor ekonomi luar dan dalam negara yang kesannya dirasai oleh semua agensi. Persoalannya apa pengurusan baharu TH telah lakukan untuk mengatasi cabaran dan keadaan ini. Berapakah keuntungan yang dijana sejak bulan Julai 2018?

Saya hairan mengapa YB Menteri dan pengurusan tertinggi TH yang baharu masih ghairah mahu mencari kesalahan pengurusan terdahulu sehingga sanggup melemparkan tohmahan dan memainkan sentimen liar. Adalah tidak bertanggungjawab bagi YB Menteri membuat kenyataan tanpa siasatan yang lengkap terlebih dahulu.

Janganlah asyik mengambil pendekatan menggunakanmedia bagi mengelirukan dan meresahkan rakyat terutamanya kepada 9.3 juta pendeposit TH. Saya tidak pasti apa sebenarnya masalah pengurusan TH sekarang tetapi saya sangat berharap TH dapat ditadbir dengan baik, bertindak secara objektif dan kompetitif.

Saya juga berharap pengurusan TH tidak akan menaikkan tambang bagi musim haji 2019 dengan mengekalkan subsidi sepertiyang dilakukan oleh kerajaan BN sebelumini bagi menjaga kepentingan bakal jemaah haji.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan TH atas komitmen dan kerja keras dalam memastikan para pendeposit menerimahibah terbaik daripada simpanan sertapelaburan mereka tanpa melanggarundang-undang.

Akhir sekali, saya bersedia untukmemberikan kerjasama sepenuhnyakepada pengurusan TH dan pihak berwajib termasuk bagi tujuan siasatan jikadiperlukan bagi menjaga kesucian dannama baik Tabung Haji yang selama inidiiktiraf oleh seluruh dunia.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim
Mantan Pengerusi Tabung Haji
Ahli Parlimen Baling
11.12.2018

*Tajuk tulisan ini adalah dari editor.