Wednesday, November 21, 2018

KENAPA GIANT BENARKAN PROMOSI ARAK?

Penularan video seorang lelaki Melayu menunjuk isyarat lucah kepada seorang promoter arak jenama Carlsberg menunjukkan masyarakat negara ini sedang sakit di bawah pemerintahan Pakatan Harapan. 

Pertamanya, adalah tidak rasional untuk lelaki terbabit mengherdik dan menunjuk isyarat lucah kepada promoter tersebut. Gadis tersebut telah menerangkan kepadanya bahawa promosi tersebut hanya untuk orang bukan Islam.

Sangat menghairankan seorang lelaki Melayu yang kononnya tidak selesa dengan promosi arak boleh mengherdik dan memainkan sentimen bumi Melayu, Bahasa Melayu serta menunjukkan isyarat lucah.

Apakah lelaki ini ada masalah psikologi atau agen parti politik tertentu untuk mensabotaj perjuangan orang Melayu dan Islam?


Sepatutnya jika tidak bersetuju dengan tindakan promosi terbabit beliau harus membuat aduan kepada pengurusan pasaraya Giant. 

Penampilan beliau Bersama Ahli Parlimen DAP untuk memohon maaf menimbulkan lagi syak wasangka bahawa klip video ini dirancang untuk memberi imej yang buruk kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

Persoalan lebih utama mengapa promosi arak dibenarkan di pasaraya Giant yang khalayaknya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan pegangan agama? Apakah Giant sudah tidak peduli kepada sensitiviti masyarakat Islam?

Jika rokok tidak boleh dibuat promosi di pasaraya, mengapa arak dibenarkan sedangkan syarat pembelian harus individu berusia 18 tahun ke atas.

Tampak seperti Giant tidak lagi menghormati sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam yang merupakan sebahagian pelanggannya.

Promosi arak seharus dilakukan ditempat-tempat yang lebih khusus kepada orang dewasa bukan Islam seperti di kelab malam, pusat hiburan dan kedai makan "non halal".






No comments: