Hampir saban minggu, malah mungkin lebih kerap dari itu, Lim Kit Siang, bapa kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, akan terus mengulas isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menutup kelemahan dan keburukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kelemahan anaknya sebagai Menteri Kewangan.
Terbaru dengan pantas Kit Siang menulis di Malaysiakini “Naïve of Umno leaders to say 'don't blame us for 1MDB'” membelasah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad Hasan hanya meminta rakyat memahami kedudukan UMNO. UMNO adalah sebagai parti siasah yang memperjuangkan kepentingan rakyat terutama kaum bumiputera dan agama Islam.
UMNO bukan pentadbir dan pengurus 1MDB, justeru Mohamad Hasan mohon rakyat memberi peluang UMNO meneruskan perjuangan asalnya. Mohamad Hasan tidak mengatakan rakyat perlu melupakan apa sahaja dakwaan kepada 1MDB.
Mengapa Kit Siang beria-ria meneruskan perbincangan skandal 1MDB yang kononnya telah dibawa ke mahkamah?
Kit Siang mahu UMNO mati kerana UMNO adalah ancaman kepada ideologi kesamarataan DAP. Beliau tahu selagi UMNO kuat selagi itu kedudukan masyarakat Bumiputera, orang Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam akan kekal sebagai sesuatu yang istimewa dalam negara ini.
Keduanya, Kit Siang tahu kredebiliti anaknya sedang kuat dipertikaikan dan kelemahan demi kelemahan terdedah setiap minggu.Beliau perlu mengubah perbincangan dari isu Bon Samurai, Bajet 2019 yang lemah dan tidak meyakinkan rakyat serta pelbagai kesilapan anaknya selaku Menteri Kewangan.
Niat Kit Siang jelas apabila beliau menulis. “Only yesterday, at the beginning of the presentation of Budget 2019, Umno members of Parliament booed and jeered Finance Minister Lim Guan Eng when he thanked Malaysians for saving the nation from a kleptocratic government and commended the rakyat for their courage to replace the old government with a new, clean and democratic administration.”
“The country, through live telecast, saw Parliament divided with MPs on one side who supported the new government to fight the infamy and ignominy of Malaysia being regarded worldwide as a global kleptocracy by introducing a clean, accountable and democratic government.”
Kit Siang cuba menunjukkan bahawa ahli Parlimen UMNO memboo anaknya kerana menyokong kleptokrasi. Ini penghujahan kebudak-budakan. Lim Guan Eng diboo kerana menggunakan sesi penting pembentangan kewangan negara untuk berpolitik secara jahat.
Untuk pengetahuan Kit Siang, kedudukan dan kekukuhan negara ini yang membolehkan beliau dan anaknya menikmati pelbagai kemudahan termasuk sekarang dengan gaji bulanan hampir RM100 ribu sebulan adalah hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional.
Anaknya tidak akan dapat membentangkan Bajet 2019 bernilai RM315 bilion jika beliau mewarisi negara ini dari sebuah kerajaan kleptokrat seperti dakwaan beliau.
Pakatan Harapan tidak akan mendapat sumbangan beratus juta ringgit dalam pilihan raya umum lalu jika benar negara ini berada dalam keadaan nazak akibat UMNO.
Kit Siang boleh terus menyanyikan lagu 1MDB sampai mati, tapi UMNO akan terus hidup jika kerajaan PH tidak main taktik kotor mengharamkannya. Ini kerana tiada orang Melayu dan Islam yang waras akan percaya dengan DAP kecuali mereka yang telah dibeli oleh DAP.
No comments:
Post a Comment